08 Oktober 2008

Perginya Seorang Insan

Sambutan aidilfitri kali ini agak suram kerana salah seorang ahli keluarga ku telah pulang ke rahmatullah. Allahyarham Ahmad bin Hassan adalah insan yang bertanggungjawab menjaga ku dari kecil sehinggalah aku berjaya kini. Allahyarham adalah datukku yang paling aku sayangi. Seawal pagi pada 30 Ramadhan kami sekeluarga telah bersedia untuk menziarahi pusara Arwah. Berlinang airmataku melihat tanah kubur Arwah masih merah.. Pemergian Arwah baru mencecah 84 hari (hari ini).. tanah badan kubur dan juga nisan akan kami bina pada petengahan Disember ini..
Mengimbas kembali detik cemas seminggu sebelum pemergian Arwah....

Ahad 6 Julai 2008, aku menerima sms dari ibuku..

"feza, atuk dah tak makan seminggu, dia terbaring je sekarang, badannya lemah, Atuk hanya bangun jika mahu ke bilik air je..."

Menggigil tanganku membaca sms tersebut. terus aku mendail nombor telefon rumahku, aku berbicara dengan ibu saudaraku (Along) bertanyakan keadaan atuk. Hatiku sedikit lega apabila mendengar penjelasannya. Atuk masih sihat tetapi beliau tidak lalu untuk makan.. Aku berdoa pada Allah agar kesihatan atuk pulih dengan segera.

Rabu, 9 julai 2008, ibuku menelefonku...

"Feza, mak rasa lebih baik Feza balik Paya Jaras tengok atuk"

Aku jadi tidak tenteram dengan kata-kata ibuku... terus aku menelefon Ucuku (adik bongsu emak) yang berada di Tawau untuk memintanya menempah tiket flight pulang ke KL bersama-sama.

11 julai 2008,
kami tiba dirumah jam 12 malam, semasa itu atuk telah masuk tidur dibilik, jadi keesokkan harinya, seawal subuh aku bangun untuk melihat keadaan atuk.. Tidak sanggup mata ini memandang tubuh atuk yang sangat kurus, lemah tidak bermaya. Aku mencium tangan dan dahi atuk ku sambil berbisik,

"Atuk, Feza dah balik"

.... hanya anggukkan dan genggaman kuat tangannya membalas bisikkan ku... Sekali lagi tumpah airmata ini tidak dapat menahan sebak di dada...

14 Julai 2008,
pagi ini atuk nampak sihat, tenaganya bertambah, setelah lebih kurang seminggu hanya meneguk air kosong, pagi ini atuk minta nak minum air teh susu, aku agak gembira kerana fikirku selera atuk semakin pulih.. Rupa-rupanya pagi itu adalah pagi terakhir bersamanya, dan air teh itu adalah air terakhir yang di minumnya... Atuk pergi meninggalkan kami sekeluarga tepat jam 2.30 petang. Aku berada disisinya ketika atuk menghembuskan nafas terakhirnya... Atuk pergi dengan keadaan yang tenang... Semoga Allah menempatkan roh atuk di kalangan orang-orang yang beriman...

Al- Fatihah kepada Allahyarham Ahmad bin Hassan,
10 Disember 1925 - 14 Julai 2008

Tiada ulasan: