15 September 2009

~Kursus Kenegaraan BTN Kundasang~

Minggu seterusnya pada 6-10 Ogos aku dipanggil berkursus pula di Kundasang... Tempat paling sejuk di Sabah. View kat sini memang sangat cantik dan yang paling indah ialah kem kami bertentangan dengan puncak gunung Kinabalu. Kursus ini more to memupuk semangat cintakan negara and off course ia salah satu komponen penting untuk sah jawatan.
Kem Bina Negara Kundasang merupakan kem paling cantik di Malaysia ia juga dikenali sebagai 'kem dalam taman'
Ini antara gambar gambar kami kat sana:


Permandangan gunung kinabalu

Dengan Ariwaty... Muka di macam Siti Nurhaliza kan???
Geng-geng dari Politeknik Mukah Sarawak



Aksi-aksi melompat.. hehe..

Menyahut seruan kerajaan.. memakai topeng untuk mencegah H1N1

07 September 2009

~Kursus Induksi SSM Kumpulan 1 Ambilan 5~

14-30 Julai yang lepas aku mengikuti kursus induksi SSM. Kursus ini wajib kpd semua guru baru untuk tujuan pengesahan jawatan. siap ada exam lagi. kena lulus baru bleh sah jawatan. Kursus ni bertempat di Hotel Beverly Kota Kinabalu.. kebetulan aku pegi ngan member satu skolah.. Amzari.. Bayangkan kitorang kursus 2 minggu brape banyak barang kitorang bawak... sampai beg si amzari terkoyak..

Beg amzari yang terkoyak

Kursus ni seronok sangat sebab kengkawan yang aku jumpa kat sana semua satu kepala dengan aku... best giler.. kengkawan kebanyakannya orang semenanjung dan sabah.. syok gak jumpa dorang..
Kengkawan yang sporting

Bila waktu free kitorang g lepak kat tanjung aru, pantai perlancongan di Kota Kinabalu... Sempat jugak kitorang buat photo shoot kat pantai tu time sunset. Ini antara beberapa gambar kat situ :





Melalui kursus ini aku mendapat banyak ilmu dan yang paling seronok ialah dapat kenal dengan kengkawan yang satu kepala.

To roxette, niza, iwan, joko, mel... u all memang best...

10 Mac 2009

~Rasa~

aku tidak pasti apa yang aku rasakan sekarang..
pelbagai perasaan melanda aku sekarang...

aku rasa sedih
aku rasa marah
aku rasa dikhianati
aku rasa ditinggalkan
aku rasa sunyi
aku rasa tidak dipeduli
aku tidak rasa gembira
aku tidak rasa dipunyai..
pelbagai yang aku rasakan kini...

entahlah..

03 Mac 2009

~Al-Fatihah untuk Arwah Atok~

Sudah 8 bulan arwah atok kembali ke rahmahtullah...
Aku tidak tahu kenapa hari ini ingatan aku kepada atok sungguh kuat...
Aku rindukan arwah atok..
Teringat semasa kecil, dialah yang sering mengambilku pulang dari sekolah tadika.. Loceng belum bebunyi, tapi atok sudahpun menunggu diluar.. begitulah kasih sayang atok kepada cucunya ini...
Kini atok telah tiada..
Aku pasti seluruh keluarga ku bersedih atas pemergiannya...
aku juga begitu..
Namun kami redha menerima suratan ilahi...

Al-Fatihah untuk arwah Atok
Almarhum Hj Ahmad bin Hassan

12 Januari 2009

~Air Oh Air~

Masuk hari ni dah seminggu aku runsing dengan masalah air di flat guru. Aku terpaksa bangun pukul 2, 3 pagi untuk menadah air yang keluar dari corong paip aku.. air yang keluar pun bukanlah deras, nak penuhkan sebaldi pun makan masa 30minit.. Sakit betul....
Pagi ni.. aku bersama beberapa 'mangsa' masalah air ni pergi bertemu pentadbir.. mohon selesaikan masalah air... Lalu kami diberitahu bahawa JBA Lahad Datu ni sedang membersihkan loji, itu sebabnya tekanan air rendah...
Hampeh...
Bagi lah notis... yang akan ada gangguan air selama seminggu.. ini takder notis aper2 pun.. Teruk betul...

Nasib baiklah ada kengkawan yang memahami, tumpangkan aku mandi di rumah mereka..
Terima Kasih Ain & Rufiza

Inilah satu per sepuluh dari kesusahan yang ada di tempat aku mencari rezeki ini..
Dugaan membuat kan kiter lebih sabar dan matang.. tapi bile bab takder air ni buat aku hilang sabar....

08 Januari 2009

~Back-to-School~

Dah 2 minggu aku kembali ke Sabah, tempat aku mencari rezeki...
Persekolahan pun dah bermula 4 hari...
Tahun ini, masih seperti tahun lepas.. tugasan yang diberikan kepadaku tidak banyak perubahan.. menjadi guru kelas 2 Nilam, menjadi Guru penasihat rumah Barium, Kelab Dikir Barat, Guru Pengakap, Pembantu guru ITC, Guru Kelab Hoki dan lain-lain...
Azam tahun ini????
Nak ulang balik azam tahun 2005 yang tak dapat dilaksanakan.. heheh...
Ada bantahan????

Kepada semua warga SMSLD..
Selamat Tahun Baru
&
Selamat Kembali ke Sekolah

22 Disember 2008

~Cuti-cuti Melaka~

Kami sekeluarga bercuti ke Melaka.
Percutian 2 hari satu malam tersebut disertai oleh 10 orang ahli keluarga...
Sebenarnya dah lama merancang nak ke melaka, nenek teringin sesangat nak naik Melaka River Cruise, so that kami anak-anak dan cucu-cucu pun membawalah nenek ke melaka..
seronok sangat, dah lama tak berjalan dengan keluarga macam ni.. nenek pun nampak happy, sekurang-kurangnya dia dapat mengubat kesedihan dirinya.
Tempat-tempat yang kami melawat tu diantaranya muzium samudera... melaka river cruise, a famosa, dan yang paling best sekali, naik menara taming sari, menara yang bergerak dan apabila kita naik, kita akan nampak seluruh bandar melaka... best sangat.... (Promote Melaka Bandaraya Bersejarah)
K.. tengoklah beberapa gambar percutian kami...

Muzium Samudera




Menara Taming Sari



Melaka River Cruise




Dalam hotel.. Ancasa MITC Melaka

Kebetulan ada pameran Alien dekat Mitc Melaka, so kitorang pun pergilah menyinggah...
Tempat itu sangat menarik... Bahan pameran semua datang dari hollywood, memang orang putih ni bijak betul dalam bidang teknologi maklumat.. advance betul... seronok...
Selepas selesai kami melawat tempat-tempat kat Melaka, kami melaksanakan satu lagi misi terakhir, iaitu bersedekah kan duit ke semua Masjid dan Surau yang selalu Arwah Atuk sembahyang.. Dulu masa muda-muda arwah atuk duduk Melaka, Jadi kami pun bersedekah lah di masjid-masjid yang berkenaan supaya pahala dan keberkatannya dapat kat arwah.. Al Fatihah..
Kesimpulannya...
Masa yang paling berharga adalah masa yang diluangkan bersama keluarga..

~19 Disember 2008~

"Sayangku Firdaush, Selamat Hari Lahir....Iza doakan abang sentiasa hidup dengan sejahtera dan bahagia. Iza sayangkan abang sepenuh hati"

Itulah ayat SMS yang aku kirimkan kepada abang pada tarikh 19 Disember lalu... Hari yang aku nantikan... Hari Lahir insan tersayang....
Malam itu aku keluar meraikan hari tersebut dengannya...


Selamat Hari Lahir Abang.....

11 Disember 2008

~Baju baru~

Ingat tak hari tu aku kata nak tunjuk baju baru???


hehee....

09 Disember 2008

~Salam Aidiladha 2~


Raya haji kali ini disambut sederhana oleh kami sekeluarga, lagipun tak ramai yang beraya di Paya Jaras...
Yang bestnya... Firdaush (berbaju melayu kuning) datang beraya dirumah... :)

Juadah Raya kali ini boleh dikatakan banyak jugak... Ayam masak kurma, rendang daging, ketupat palas, sambal kacang, nasi beriani udang, dalca daging..
hmmmm... MACAM-MACAM ADA....

yang pastinya aku dah semakin tembam... heheh.....

Selamat Hari Raya AidilAdha....